Sabtu, 05 Mei 2012

Dia lebih mengetahui


Bismillah,

Innal 'amallu binniah..

Sesungguhnya, setiap amalan itu adalah dengan niat.
Jika niat kita baik, maka baiklah amalan itu. Begitu juga sebaliknya.

Niat itu sangat berkaitan dengan keikhlasan. Dan Allah sentiasa akan menguji keikhlasan kita. Kata Imam Ahmad, niat itu adalah untuk memperbaiki amalan. InsyaAllah bila kita berniat kerana Allah, amalan kita akan lebih baik.

Beberapa hari ni, soal niat itu telah muncul beberapa kali. Membuat sesuatu keputusan, sememangnya kita patut lihat apakah niat sebenar kita. Contohnya, jika benar kita niatkan perjuangan dakwah ini lillahitaala dan mendapat keredhaannya, maka keputusan yang dibuat haruslah selari dengan niat itu.

Seringkali syaitan membisikkan ke telinga supaya kita sentiasa 'berkalau-kalau'. Kalau la aku buat ini, maka aku dpt itu. Kalaulah..kalaulah..

Dan dengan berkalau-kalau itu menyebabkan kita selalu memasang angan-angan!

Ketika hendak buat keputusan tersebut seorang sahabat memberi nasihat.

"Kita bukan seperti orang biasa. Kita adalah duat. Jalan yang kita pilih takkan sama dengan orang biasa. Tengok balik diri, adakah benar kita memilih jalan ini kerana Allah. Kita muhasabah diri semula. Apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Adakah kita mahu kesenangan dunia atau kesenangan akhirat?"

Itulah namanya sahabat sebenar fillah. Mengingatkan bila terlupa.Insyaallah...semoga Allah memberi petunjuk atas setiap apa keputusan yang kita buat. Kerana Allah Maha Mengetahui. serahkanlah segala urusan kepadanyaNya. InsyaAllah Allah akan berikan yang terbaik untuk kita! Percayalah!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar